Siaran Langsung Malaysia vs Chelsea 21 Julai 2011 | Live Malaysia vs Chelsea

Peminat-peminat pasukan Chelsea tentu sahaja tidak sabar-sabar untuk menyaksikan perlawanan persahabatan diantara pilihan Malaysia menentang Chelsea di Stadium Bukit Jalil esok (21 julai 2011).

Namun yang lebih menarik perhatian Belalang adalah pasukan pilihan Malaysia. Kita sedia maklum yang skuad olimpik atau Harimau Muda telah diberi peluang untuk menggalas tugas ini berhadapan dengan gergasi EPL ini.

Yang menarik bagi skuad pilihan Malaysia ini adalah gabungan pemain muda dan pemain-pemain senior negara seperti Amri Yahyah, Hairuddin Omar, Joseph Kalang Tie dan beberapa nama lagi.

Belalang merasakan perlawanan ini akan menjadi antara perlawanan yang menarik dapat kita saksikan. Semestinya pasukan pilihan Malaysia mahu memberikan tentang yang sengit kepada Chelsea. Disamping itu ini seakan-akan memberi peluang kedua kepada pemain-pemain senior yang disingkirkan dari skuad negara untuk membuktikan yang mereka masih berbisa.

Siaran Langsung untuk perlawanan ini? Astro telah mengesahkan yang perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di saluran Astro arena 801 dan juga Astro 817! (yahoo!) bermula pukul 8:30 malam.

Dibawah pula link untuk live streaming-

Link 1
Link 2

Dibawah adalah keputusan live score yang akan Belalang update setiap kali terhasilnya jaringan oleh kedua-dua pasukan.

Malaysia 0 – 1 Chelsea

(tamat perlawanan)

Drogba (78′)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close