Selamat Menjalani Ibadah Puasa | Ramadan 1432H/2011M

20 Tahun yang lalu…

Bila tiba bulan Ramadan, seakan ada suatu perasaan yang sukar nak digambarkan hadir dalam diri ini. Walaupun dikala itu umur sekitar 7-8 tahun, masih belum mengerti fadhilat puasa, namun bila dengar perkataan ‘puasa’ atau ‘bulan Ramadan’ Belalang tetap melonjak gembira. Mungkin kerana bila tiba puasa bermaksud raya juga dah hampir, nak kumpul duit raya la tu. Budak-budak la katakan, apa lagi yang mengembirakan mereka selain daripada kumpul duit raya?

Waktu Imsak & Berbuka Puasa Negeri2 Seluruh Malaysia 2011

Semenjak zaman kanak-kanak lagi, Belalang jarang sekali sengaja meninggalkan puasa dengan tanpa sebab. Ini kerana Belalang beranggapan yang nak ganti puasa nanti lebih leceh dan memenatkan. Orang lain sedap-sedap makan, kita pula terpaksa menahan lapar ganti puasa yang kita tinggalkan. Dengan sedaya-upaya Belalang habiskan juga puasa Belalang sebulan walaupun Belalang selalu lepak dengan kawan-kawan yang tak puasa dan ada masanya Belalang bersama-sama mereka masuk ke hutan untuk  ke port mereka makan di bulan puasa.

Terawih juga sesuatu yang menyeronokkan bagi Belalang waktu itu. Bukan seronok kerana dapat menunaikan solat terawih, tapi seronok kerana dapat bermain dengan kawan-kawan hingga lewat malam.Ketika ibu bapa lain sedang sibuk dan khusyuk mengerjakan solat, Belalang dan kawan-kawan lain pula lebih seronok berkejar-kejaran di padang, berperang mercun antara dua kumpulan dan juga mengusik jemaah yang baru pulang dari masjid dengan kain cadar putih di lorong yang gelap. Kisah mengusik jemaah dengan kain putih ni punyalah hebat hinggakan ada dua orang abang kepada sahabat Belalang hingga ke hari ini percaya yang mereka telah bertemu hantu pada malam Ramadan tersebut. Hebat tak? Hahaha… Perkara itu masih menjadi rahsia Belalang dan sahabat-sahabat yang lain hingga ke hari ini.

Sampai ke peringkat remaja pula, bulan puasa masih lagi sesuatu yang menyeronokkan. Waktu ni Belalang dan kawan-kawan dah maju setapak. Dah tak main mercun-mercun ni, tapi main meriam pula. Meriam kami bukanlah diperbuat dari buluh seperti zaman ayah-ayah kita dahulu. Meriam Belalang dan kawan-kawan adalah batang besi yang dicuri dari court badminton. Satu lagi tin milo yang disambung-sambung dan ditanam, kalau tak silap ini orang panggil meriam tanah. Main meriam sampai kena maki dengan orang taman. Hahaha…

Sekarang…

Bulan puasa tetap Belalang sambutnya dengan perasaan yang sama dengan apa yang Belalang rasa 20 tahun dulu. Cuma sekarang ni Belalang lebih menghargai bulan puasa Belalang. Seboleh-bolehnya Belalang nak mengerjakan seberapa banyak amalan mulia pada bulan Ramadan ini agar ia menjadi bekalan Belalang disana kelak.

Belalang percaya apa yang Belalang lalui zaman kanak-kanak Belalang dahulu, anak-anak kita pula yang akan lalui dengan keseronokkan begitu cuma ia mungkin berbeza sedikit mengikut peredaran zaman yang semakin maju ini.

Kepada kawan-kawan dan pembaca blog Suara Bawah Tanah, Belalang ucapkan selamat menjalani ibadah puasa. Semoga Ramadan kali ini memberi seribu kebaikan dan manfaat kepada kita semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *