Rooney Gelar Penyokong Malaysia Pakai Baju MU sebagai ‘Legenda’

Penyerang Manchester United, Wayne Rooney menggelar peminat kelab bola sepak itu di Malaysia yang memakai jersi Red Devils ketika sesi latihan Liverpool pada Khamis sebagai lagenda.

Dalam laman twitternya, Rooney memuji remaja lelaki itu dengan berkata; remaja lelaki yang menyaksikan latihan Liverpool dengan memakai jersi MU yang tertera nama saya adalah seorang lagenda.

Menurut laporan pada Sabtu, seorang peminat Manchester United kurang bernasib baik apabila diejek sekumpulan peminat Liverpool apabila dia muncul di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Khamis untuk menonton latihan The Reds dengan memakai jersi MU.

Sebuah video yang diambil pada sesi latihan itu kemudiannya dimuat turun ke laman You Tube.


Remaja lelaki itu kembali menyaksikan sesi latihan Liverpool dengan menyarung jersi Malaysia.
Dalam video itu seorang remaja lelaki yang memakai jersi Rooney bernombor 10 dilihat dikelilingi sekumpulan peminat fanatik Liverpool.

Jersi Manchester United yang dipakainya ditanggalkan oleh sekumpulan penyokong Liverpool di hadapan penonton yang hadir sambil menjerit ‘Buka!Buka!.”

Peminat The Reds memaksanya untuk menyarung jersi Liverpool tetapi dia berdegil sebelum dipimpin keluar daripada terus diejek.

Bagaimanapun, dia kemudiannya dilihat memakai jersi Malaysia berwarna kuning.

Peminat Liverpool yang berada di situ berkata, budak lelaki itu sengaja mencari masalah buat dirinya.

“Dia boleh datang menyaksikan sesi latihan tetapi dia perlu tahu hubungan di antara kedua-dua kelab itu,” kata Zuliantie Dzul, 29.

Seorang lagi peminat Liverpool, Tonny Lim berkata, remaja itu sengaja menunjuk-nunjuk jersi yang dipakainya untuk menarik perhatian orang ramai supaya melihatnya.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close