Robert Kuok Beli Kapal Bersalut Emas RM13 Bilion?

Siapa yang tidak kenal dengan Tan Sri Robert Kuok? individu paling kaya di Malaysia dengan nilai  kekayaannya sebanyak AS$12.5 bilion (RM37.2 bilion). Malah Belalang pernah berkongsikan satu entry berkaitan beliau mengenai kenaikkan harga gula yang dikaikkan dengan beliau.

Menurut sebuah akhbar online thejournal i.e di Ireland semalam, menyatakan, lelaki terkaya di Malaysia merupakan pemilik sebuah kapal bersalut emas paling mewah di dunia yang dibelinya pada harga AS$4.5 bilion (RM13.38 bilion).

Di bawah sedikit petikan mengenai perkara tersebut yang Belalang ambil dari Kosmo-

Kapal mewah itu mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan.

Keseluruhan badan kapal History Supreme dari dasarnya sehingga ke bahagian dek termasuk ruang makanan, rel dan sauh disalut emas padu.

Bilik tidur utamanya dihias mewah dengan menggunakan logam platinum dan menampilkan dinding bertatahkan sejumlah batu meteor serta artifak prasejarah seperti tulang dinosaur ganas, T-Rex.

Kapal History Supreme merupakan hasil kerja tangan pembuat hiasan emas terkenal dari Liverpool, Stuart Hughes yang mengambil masa tiga tahun untuk menyiapkannya.

Punyalah kaya sampai sanggup habiskan sebanyak itu untuk memenuhi nafsu kekayaannya. Daripada membeli kapal semahal tu, apalah salahnya jika dia tolong orang-orang susah di Malaysia ni.

Apa nak dikata. Yang kaya makin kaya, yang miskin begitulah juga sampai bila-bila. Emm…

Facebook Comments

Comments are closed.

Close