Respon Daripada KFC Mengenai Video Pekerja Biadap

Kelmarin siapa yang ada singgah ke blog Belalang tentu ada terlihat satu video mengenai pekerja KFC yang menyapu ayam KFC yang nak digoreng ke tapak kasutnya sebelum dimasak. Jika belum membaca, sila klik disini. Rupanya entry Belalang itu telah mendapat perhatian daripada pihak KFC.

dengan menggunakan alamat email customerservice@kfc.com.my, ini sebahagian jawapan yang diberikan oleh pengirim komen berkenaan-

“Para penggemar KFC sekalian. Sebagai susulan kepada maklumat terkini kami, KFC Malaysia ingin menyatakan rasa kesal yang tidak terhingga dan mengutuk tindakan tidak wajar yang dilakukan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Kejadian yang dipaparkan ini dibawa kepada pengetahuan kami pada bulan Oktober 2010 yang lepas, yang mana dua laporan polis telah dibuat berhubung insiden tersebut. Individu yang terlibat dalam insiden tersebut bukan lagi anggota pekerja KFC Malaysia.

Kami sedang menjalankan siasatan berhubung penyiaran video tersebut baru-baru ini dan telah membuat laporan polis dan satu lagi laporan kepada Pesuruhjaya Multimedia & Komunikasi. Kami juga sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan supaya tindakan pantas dan sewajarnya boleh diambil ke atas sesiapa sahaja yang melanggar prosedur standad operasi kami yang ketat. Kami mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan sokongan berterusan anda sekalian.”

– Customer Service KFC

Syabas Belalang ucapkan kepada pihak KFC kerana peka dan prihatin dengan suara pelanggan seperti kami. Diharap pihak KFC akan dapat mencari jalan bagaimana untuk mengatasi masalah begini berulang kembali pada masa hadapan. Mungkin pihak KFC boleh memasang CCTV di bahagian dapur supaya pekerja mereka tidak berani melakukan kerja dengan sambil lewa lagi.

sekali lagi terima kasih kepada pihak KFC.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close