Respon Dari Ibu Bayi Tersedak Susu

Fuh! jarang sekali Belalang biarkan blog Belalang tidak berupdate dalam jangka masa yang lama dalam sehari. Apa nak buat, banyak lagi perkara penting yang terpaksa diberi perhatian dan dibereskan dahulu.

Sebelum-sebelum ini Belalang pernah kongsikan komen KFC mengenai pekerjanya yang biadap dalam entry ‘Respon daripada KFC mengenai pekerja biadap’. Belalang juga ada kongsikan komen daripada seorang abang bernama Zulnas mengenai sebab sebenar adiknya memanjat bumbung hingga terpaksa dipujuk turun oleh pihak bomba dari entry ‘Gadis Panjat Bumbung Rumah Berjaya Dipujuk Turun’.

Kali ini Belalang nak kongsikan satu lagi komen dari seorang pembaca Belalang dimana kisahnya pernah Belalang kongsikan didalam blog ini pada 6 Julai baru-baru ini. Pembaca ini yang bernama Azura adalah ibu malang yang telah kehilangan bayinya yang berusia empat bulan akibat tersedak susu ketika berada dipusat jagaan kanak-kanak.

Piala dunia wanita 2011-Jepun vs AS (Final)

Mimpi-mimpi Aneh Ariel Sharon Sebelum Koma (mesti baca!)

Benarkah Huru-hara Berlaku Dibulan Ramadhan 2012? (mesti baca!)

Berikut adalah komen yang telah ditinggalkan Azura pada entry yang bertajuk ‘Bayi meninggal tersedak susu’

Itu sudah ketentuan Illahi…Kita perlu redha apa yang terjadi….Saya sebagai ibu mangsa hanya mampu tabah dan sabar atas ujian yang Allah berikan, ada hikmahnya. Syukur Alhamdulillah………..Memanglah jaga sendiri lebih baik. Contohnya saya tiada pilihan lain, macam saya bekerja, yang paling dekat difikirkan ialah pusat asuhan. Pihak asuhan sepatutnya bertanggungjawab di atas kejadian yang terjadi. Bayaran dah dibuat, kenalah memainkan peranan yang penting dalam menjaga kebajikan anak-anak, penting itu. Tak menyalahkan mana-mana pihak yang penting mana tanggungjawab sebagai pengasuh, jadi kita boleh mencegah daripada terjadi perkara yang tidak diingini….Apa2 pun sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah terhadap arwah semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t. Terima kasih di atas ucapan takziah dan pandangan anda….

– Azura

Terima kasih kepada Azura kerana sudi membaca dan meninggalkan komen berkenaan kepada blog ini. Belalang doakan semoga Azura sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini dan sentiasa berdoa kepada si kecil itu.

Al-fatihah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close