Remaja Gantung Diri Tertekan Disaman

Di Jasin, seorang remaja berumur 15 tahun telah ditemui mati tergantung oleh ibunya dipercayai tertekan akibat disaman polis.

Kejadian pukul 5 petang itu mengakibatkan pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Seri Bemban, M. Rajathurai, 15, mati di lokasi kejadian iaitu selepas hampir empat jam disaman ekoran menunggang motosikal tanpa lesen dan topi keledar.

Lebih menyedihkan, mayat anak bongsu daripada empat beradik itu ditemui sendiri oleh ibunya, S. Chinammah, 49, yang masuk ke bilik remaja berkenaan untuk memintanya pergi ke kedai membeli kelapa.

Pelikkan, mengapalah remaja sekarang begitu cenderung atau begitu mudah mengambil keputusan untuk membunuh diri? Padahal kena saman dengan polis je pun. Apa-apapun Belalang harap keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan ini.

 

Facebook Comments

Comments are closed.

Close