Ranking Terbaru FIFA July 2011 | Malaysia Jatuh 1 Anak Tangga

BERDASARKAN senarai ranking terkini dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Dunia (Fifa) kelmarin, pasukan Harimau Malaya jatuh satu anak tangga berbanding kedudukan ke-143 bulan lalu.

Walaupun skuad kebangsaan bermain dalam dua perlawanan persahabatan menentang Hong Kong ketika seri 1-1 dan menewaskan Myanmar 2-0 bulan ini, ia tidak banyak membantu melonjakkan ranking skuad pimpinan Datuk K Rajagobal itu. 

Malah, prestasi skuad Olimpik pula tidak dinilai untuk ranking Fifa kerana hanya membabitkan skuad senior.

Di arena antarabangsa, pasukan England menduduki tangga ke-4 sekali gus memintas Brazil yang menghuni sebelum ini. Juara Piala Emas Concacaf 2011, Mexico mencipta kejutan apabila naik 19 anak tangga untuk berkedudukan ke-9 terbaik dunia.

Pengiraan bagi menentukan kedudukan ranking seterusnya akan dibuat pada 27 Julai depan.

Berikut senarai terkini ranking FIFA Mei 2011.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close