Portal Malaysiakini Akan Ditutup?

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa supaya menutup operasi portal berita pro pembangkang, Malaysiakini kerana sewenang-wenangnya menyiarkan komen negatif pembaca yang cenderung menimbulkan perpecahan di negara ini.

Terbaru, portal itu menyiarkan komen seorang pembaca yang seolah-olah mahu melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berikutan titah Seri Paduka semalam mengenai perhimpunan haram Bersih.

Laporan Polis Terhadap Blogger PakKaramu

Ditipu Syarikat Pelaburan Ikan Patin

Nurrahayu Mati Dibunuh Dengan Kejam

Presiden Pertubuhan Anak Muda Melayu Malaysia (AMMM), Asrul Muniff Azizan berkata, tindakan Malaysiakini menerbitkan komen berkenaan boleh disamakan dengan tindakan menghasut rakyat agar membenci Seri Paduka.

“SKMM mahu tunggu apa lagi sehingga Yang di-Pertuan Agong iaitu pemerintah tertinggi negara juga bebas dicaci di Malaysiakini. Tutup sahaja portal itu kerana ini bukan kali pertama ia dilakukan.

“Selain akta berkaitan penerbitan di Internet, pihak berkuasa juga boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas editor Malaysiakini di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mahu melancarkan perang ke atas Seri Paduka,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan portal itu yang menyiarkan komen salah seorang pembacanya supaya menggulingkan Yang di-Pertuan Agong.

Komen seorang pembaca yang menggunakan nama Muhammad Nur Hanief itu sempat dipautkan ke laman blog rbfonline, bagaimanapun ia dipercayai dipadamkan oleh pengendaliMalaysiakini petang ini.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari pula berkata, keberanian pembaca portal itu menulis komen-komen sedemikian berpunca daripada kelemahan SKMM yang gagal mengambil tindakan tegas ke atas portal itu sejak sekian lama.

“Setelah masyarakat awam yang tiada sivik melihat kelemahan penguatkuasaan SKMM, mereka akan terus-menerus menghantar komen menghina institusi diraja serta kerajaan dan ia menjadi lebih parah apabila komen sebegitu tidak ditapis oleh Malaysiakini.

“SKMM dan pihak berkuasa lain perlu mengambil tindakan segera dan tegas bagi mendidik masyarakat serta portal tidak bertanggungjawab kerana dalam banyak kes, hanya hukuman dapat mendidik golongan yang melanggar undang-undang,” katanya.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee pula memberitahu, penyiaran komen biadab yang tidak ditapis oleh pengurusan portal pro pembangkang itu merupakan satu percubaan halus untuk menghasut rakyat memusuhi Seri Paduka.

“Saya hairan apa sebenarnya motif Malaysiakini menyiarkan komen tersebut tanpa tapisan seolah-olah turut menghasut rakyat memusuhi Seri Paduka.

“Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan harus melihat peranan yang dimainkan oleh portal ini sama dengan tindakan individu lain yang telah ditangkap kerana berniat melancarkan serangan terhadap institusi raja-raja Melayu,” katanya.

Video Pekerja KFC Sapu Ayam Nak Dimasak Ke Kasut

Respon Daripada KFC Mengenai Video Pekerja Biadap

Facebook Comments

Comments are closed.

Close