PM Akan Umumkan ‘Pemberian Istimewa’ Untuk Perlis

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumkan “pemberian istimewa” untuk Perlis semasa lawatan kerja beliau ke negeri itu pada Sabtu ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berkata, antaranya ialah peruntukan mengatasi masalah banjir dan juga penyerahan 2,000 hektar tanah milik Felda Global Ventures di Chuping kepada kerajaan negeri untuk projek bandar baru.

Lawatan Perdana Menteri ke negeri ini berbentuk santai kerana banyak acara membabitkan perjumpaan dengan orang ramai, termasuk bersarapan pagi di pasar sehari Balai Baru, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Katanya, Najib juga dijadual menghadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau, selain bertemu guru dan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) sekolah jenis kebangsaan Cina seluruh Perlis.

Md. Isa berkata, program utama sempena lawatan kerja itu ialah “kenduri rakyat” di Dewan 2020.

– Bernama

Facebook Comments

Comments are closed.

Close