Pelakon Almy Nadia Patah Jari Kaki

Siapa yang tak kenal dengan pelakon kecil molek sorang ni kan. Almy Nadia, pelakon yang dilihat semakin menjadi perhatian peminat dan juga pengarah-pengarah filem. Belalang suka juga tengok lakonan si Almy ni. Nampak macam cute gitu. Hahaha…

Belalang terbaca di Mstar online berkaitan jari kaki si Almy ni patah akibat tersandung pada pintu rumah keluarganya di Pulau Pinang. Berikut adalah petikan mengenai perkara tersebut-

“Saya sendiri pun tidak tahu bagaimana kejadian itu berlaku. Kaki saya hanya tersadung pada pintu dan saya sangka ia hanya terseliuh.

“Saya hanya pergi ke klinik dan malas hendak ke hospital untuk membuat pemeriksaan x-ray walaupun telah disuruh oleh orang tua saya.

“Malah, selepas kejadian itu, saya masih boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti keluar makan dengan keluarga, memandu kereta dan beli barang.

“Bayangkanlah, selepas insiden itu, saya boleh pulang ke Kuala Lumpur dan sambung berlakon seperti biasa walaupun kaki saya terasa sakit.

“Pada Selasa lalu, kecederaan bertambah serius apabila kaki yang bengkak itu terlanggar pula kerusi sehingga memaksa saya melakukan pemeriksaan x-ray di hospital yang kebetulan berdekatan dengan lokasi penggambaran drama.

“Selepas pemeriksaan, doktor sahkan jari kaki saya memang patah. Kecederaan itu sudah melarat ke seluruh bahagian kaki sehingga mengakibatkan jangkitan pula,” katanya.

Punya la hebat si Almy ni sampaikan jari patah pun tak sedar. Hahaha… semoga cepat sembuh! 😉

Facebook Comments

Comments are closed.

Close