Online Debat ‘Apa Selepas 9Julai…’ Antara Ambiga & Datuk Wan Ahmad

Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan berpeluang berdepan dan berdebat dengan timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia Datuk Wan Ahmad Wan Omar pada 26 Julai, iaitu hari ini.

Mereka akan berdebat berhubung sistem pilihan raya negara ini dalam majlis yang dianjurkan oleh Kumpulan Karangkraf, yang menerbitkan akhbar berbahasa Melayu Sinar Harian dan beberapa majalah popular yang lain.

Majlis itu juga akan disertai oleh Profesor Datuk Shamsul Amri Baharuddin dari UKM.

Debat dalam program berjudul ‘Apa Selepas 9 Julai…’ akan berlangsung di Kompleks Karangkraf di Seksyen 15, Shah Alam.

Bagi yang ingin turut serta melihat dan mendengar debat ini silalah ke http://www.mobtv.my/. Debat ini dijadualkan berlangsung pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang.

Info dari blog cthoney

Facebook Comments

Comments are closed.

Close