Noh & Mizz Nina Berbulan Madu Di UK

Pasangan selebriti yang baru sahaja diijabkabulkan pada 1 Julai lalu, Noh Salleh dan Mizz Nina merancang untuk berbulan madu di United Kingdom (UK) dan Rome pada 17 Julai depan.

Jelas Nina, mereka merancang untuk berbulan madu di negara itu berikutan kedua-dua tempat tersebut merupakan destinasi impian yang sering diimpikan untuk berbulan madu bagi pasangan yang baru berumah tangga.

Koleksi Himpunan Lirik & Kord Gitar Hot!

Koleksi Himpunan Lawak Pendek Terbaik!

“Kami merancang untuk ke United Kingdom dan Rome selama dua minggu dan akan bertolak pada 17 Julai ini iaitu selepas selesai majlis persandingan di Miri, Sarawak.

“Kedua-dua tempat itu merupakan destinasi yang memang saya impikan untuk pergi berdua berbulan madu,” katanya pada sidang media selepas majlis persandingan mereka di DoubleTree Hotel, di sini, Rabu.

Majlis persandingan yang diadakan untuk media dan rakan-rakan artis itu bertemakan pakaian Jepun.

Manakala pakaian pengantin berwarna krim keemasan dengan gabungan ciri-ciri budaya Melayu dan Jepun direka khas oleh pereka fesyen terkenal Micheal Ong.

Antara tetamu yang hadir pada majlis tersebut ialah keluarga kedua-dua belah pihak termasuk rakan-rakan artis seperti Datuk Siti Nurhaliza bersama suami, Datuk Seri Khalid Jiwa, Yuna, Faizal Tahir dan Ella.

Pasangan pengantin diarak menuju ke pelamin dengan paluan gendang tepat pukul 9 malam dan seterusnya dihiburkan dengan lagu dari kumpulan muzik Indonesia Sore.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close