Nik Aziz Dikejarkan Ke Hospital

Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam, dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, di sini, selepas mengadu sakit perut.

Setiausaha Akhbarnya, Ahmad Fadhli Syaari, berkata Nik Aziz dibawa ke hospital itu tengah hari semalam dan doktor yang merawatnya meminta Menteri Besar itu berehat di hospital untuk beberapa hari.

“Nik Aziz baru pulang dari lawatan kerja ke Uzbekistan selain menunaikan umrah, padat dengan program harian, menyebabkan tiada masa rehat dan mungkin disebabkan keadaan itu beliau jatuh sakit,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, Pengarah HUSM, Datuk Dr Zaidun Kamari ketika dihubungi mengesahkan bahawa Nik Aziz dibawa ke hospital itu pada jam 1 tengah hari dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close