Malaysia vs Singapura 28 Julai 2011 | Tiket Mula Dijual 9 Pagi Selesa

Tiket untuk perlawanan kedua pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia dan Singapura akan dijual mulai pukul 9 pagi esok hingga hari perlawanan pada Khamis ini.

Perlawanan dijadual bermula pukul 8.45 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.

Menurut kenyataan laman web Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini, tiket mulai dijual hingga 27 Julai dari 9 pagi hingga 7 malam di Pintu Utama, Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Pintu A, Stadium Shah Alam.

Sementara penjualan dan penebusan tiket dibeli secara dalam talian boleh dibuat di Pintu Kuning, Stadium Nasional Bukit Jalil hingga hari perlawanan.

Tiket terbahagi kepada tiga kategori iaitu RM50 untuk tempat duduk utama (grand stand), RM30 (terbuka) dan RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.

Peminat-peminat yang ingin membeli tiket secara dalam talian boleh berbuat demikian melalui laman web www.tickethotline.com.my.

– Bernama

Facebook Comments

Comments are closed.

Close