Malaysia lwn Arsenal | Malaysia Tewas 4 Gol Berbalas 0

Arsenal berjaya menewaskan skuad pilihan Malaysia dengan 4 gol berbalas 0 ketika perlawanan persahabatan antarabangsa itu berlangsung di Stadium Bukit Jalil sebentar tadi.

Belalang tidak dapat mengikuti perlawanan itu pada separuh masa pertama berikutan line Celcom yang tiba-tiba merajuk pulak! Dah la frust tak dapat tengok live, line internet pula buat hal. Hampeh!

Belalang hanya dapat mengikuti perlawanan tersebut pada minit ke 60′ dan ketika itu Malaysia sudah ketinggalan 3 gol. Raja Gopal kelihatan seperti sengaja mahu mencuba kesemua pemain yang berada dalam senarai pasukan dengan melakukan beberapa kali percubaan.

Apa-apa pun, Belalang harap perlawanan ini akan memberikan satu pengajaran yang berharga kepada skuad Harimau Malaya untuk persiapan menghadapi perlawanan-perlawanan akan datang dan juga kelayakan piala dunia 2014 nanti.

Berikut adalah nama-nama pemain Arsenal yang telah menjaringkan gol-

(Aaron Ramsey 4’, Theo Wallcott 35’, Carlos Vela 59’, Rosicky 90′)

Facebook Comments

Comments are closed.

Close