Liverpool Puji Safiq & Safee Sali

Permainan menarik yang dipamerkan oleh pasukan Malaysia ketika bertemu Liverpool kelmarin mendapat pujian tinggi daripada penolong pengurus Liverpool, Steve Clarke hasil tiga jaringan mereka pada minit ke-42, ke-82 dan ke-86 .

“Sepakan bebas yang hebat oleh No. 8 (Safiq) dan No. 10 (Safee), dia seorang penyerang yang hebat,” ulas Clarke pada sidang akhbar selepas perlawanan yang menyebelahi anak buahnya menang 6-3 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Video Highlight Malaysia vs Liverpool 16 Julai 2011

Ketagih Internet Menyebabkan Otak Kecut?

Malah pemangku tugas Kenny Dalglish yang terpaksa pulang ke England atas sebab kontrak Stewart Downing yang baru dibeli, menegaskan: “Malaysia mempunyai sebuah pasukan yang patut anda (penyokong) banggakan.

“Jika dinilai keseluruhannya, pasukan lawan memang mengagumkan saya tetapi jika anda mahu namakan individu yang menjaringkan gol itulah gerangannya,” katanya.

“Babak kedua rupa-rupanya lebih sukar daripada yang disangka dan berbeza daripada babak terdahulu. Jika lawan tidak hebat, mana mungkin mereka dapat jaringkan tiga gol.

“Namun saya tidak salahkan barisan belakang atau penjaga gol kami,” katanya yang turut mengalu-alukan peluang pada masa hadapan untuk menerajui Liverpool pada satu hari nanti.

Ini perkembangan yang bagus bagi skuad negara kita yang sebelum ini diperkatakan akibat aksi yang tidak begitu konsisten. Belalang harap perlawanan diantara Singapura nanti, Harimau Malaya akan bermain begini malah lebih garang lagi daripada perlawanan ini.

Incoming search terms:

  • pemain liverpool puji safee sali (3)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *