Lagi Budak Mati Lemas Dalam Kereta

Sebelum ini kita dikejutkan dengan berita tentang kematian seorang budak perempuan tiga tahun akibat lemas didalam kereta yang bertutup rapat apabila  bapa meninggalkan mangsa berseorangan di kereta untuk menghadiri pengkebumian sepupunya di Tumpat Kelantan.

Tragedi yang hampir sama berulang lagi Seremban, seorang budak perempuan yang berusia 1o tahun dipercayai terperangkap selama enam jam di dalam kenderaan sewaktu mencari kasut miliknya.

Dibawah petikan mengenai berita ini yang Belalang ambil dari akhbar Berita harian –

Juara Showdown 2011 Milik Elecoldxhot

Nurul AF2 nikah di Thailand Bukan sebab Membelakangkan Keluarga

Terdahulu, kira-kira jam 7.30 pagi, Izzah Athirah dikatakan enggan keluar dari kereta bersama ibu serta tiga beradiknya yang lain untuk masuk ke sekolah kerana mahu mencari kasutnya dalam kereta itu. 

Bapa mangsa, Mohd Khir Abd Majid, 45, yang juga Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Rembau, berkata disebabkan mahu cepat, isterinya meninggalkan kunci kereta kepada mangsa sebelum beredar. 

“Kami tidak tahu mengapa Izzah Athirah tidak keluar dari kereta itu kerana dia sudah biasa dengan kenderaan berkenaan. 

“Kejadian disedari ketika isteri pergi ke kereta selepas habis waktu sekolah dan melihatnya terkulai tidak sedarkan diri dalam kereta dan tingkapnya bertutup. 
“Isteri saya menghubungi ambulans dan dia dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) sebelum disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian,” katanya ketika ditemui di Rumah Mayat HTJS di sini, semalam. 

Untuk membaca keseluruhan berita, klik sini.

Diharap ibu bapa akan lebih peka dan jangan sesekali membiarkan anak anda berada sendirian di dalam kenderaan yang bertutup rapat dalam jangka waktu yang lama. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. Diharap tabah dengan cubaan yang datang daripada-Nya ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close