Komen Dari Abang Remaja Panjat Bumbung

Kelmarin salah satu akhbar tempatan ada menceritakan tentang seorang gadis di Machang, Kelantan, telah bertindak memanjat bumbung rumahnya. Akhbar juga menulis perbuatan tersebut berlaku dipercayai ada kaitan dengan kemurungan dan tekanan gadis tersebut yang baru pulang dari sebuah universiti di Mesir.

Belalang juga ada berkongsikan berita tersebut di blog ini dengan tajuk  ‘Gadis Panjat Bumbung Rumah Berjaya Dipujuk Turun’. Klik pada tajuk jika ingin membacanya.

Tanpa disangka, seorang pembaca yang menamakan dirinya Zulnas tampil membuat penjelasan sebenar tentang perkara tersebut. Menurut Zulnas (abang kepada gadis berkenaan), ada sedikit kekeliruan daripada laporan akhbar mengenai kejadian yang menimpa adiknya itu.

Kaca Mata Hitam Bergaya Di Sini!

Koleksi Himpunan Lawak Pendek Terbaik!

Di bawah adalah komen asal Zulnas yang Belalang terima pada entry berkenaan-

Salam. saya abang budak ni. ini bukan kes tertekan, tetapi kes kemasukan jin semasa budak tu belajar di mesir. belum habis studi, terpaksa di bawa balik atas nasihat JPA utk berubat. sebelum ni dia ok dan studi dia pun ok. kasihan famili terpaksa hadapi macam2 karenah jin yang merasuk dia. Doakan ramai2 supaya dia sembuh, Insya Allah. Terima kasih.

-Zulnas

Itulah perkara sebenar yang telah berlaku kepada adik Zulnas. Sekarang jelas la kita yang berlaku sedikit kekeliruan dalam hal ini. Belalang doakan semoga adik Zulnas akan segera sembuh dan kembali menyambung pelajarannya yang terendala.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close