Keseronokan Menjadi Seorang Blogger

Assalamualaikum dan selamat berhari Jumaat kepada kawan-kawan pengunjung bawah tanah sekalian. Esok hari Sabtu bersamaan dengan 9 Julai 2011. Tarikh yang telah dirancang oleh sebelah pihak untuk mengadakan satu perhimpunan raksasa. Mungkinkah akan berlaku? Tengok dan lihat jela.

Ok-ok, Belalang bukanlah nak membebel mengenai perkara tersebut. Belalang hanya nak berkongsikan tentang keseronokan menulis blog. Seronokkah menjadi seorang blogger?

Koleksi Himpunan Lirik & Kord Gitar Hot!

Koleksi Himpunan Lawak Pendek Terbaik!

Serius cakap sampai ke hari ini Belalang masih tak pasti apakah perkara utama yang menyebabkan Belalang begitu asyik dengan dunia blog.

Tapi mungkin salah satu sebab mengapa Belalang begitu selesa berada di dunia blog adalah kerana komunitinya. Rata-rata blogger yang Belalang kenal begitu peramah dan friendly. Ini menyebabkan Belalang berasa selesa, seronok dan tak segan-segan untuk bertukar pendapat atau berkongsi cerita.

Pendek kata kerana kawan-kawan blogger yang Belalang kenal begitu baik dan best, maka Belalang menganggap dunia blog ialah satu tempat yang sangat best untuk bersantai dan lepak lama-lama di sini.

Itu hanya perasaan Belalang yang dapat Belalang kongsikan dengan anda semua pembaca blog ini dan juga kawan-kawan. Belalang yakin anda pula tentu ada alasan tersendiri mengapa anda memilih untuk berada dalam dunia blog?

Jangan malu jangan segan, mari kita berkongsi perasaan (yeke?) mengapa saya suka berblog. Macam biasa isikanya di bahagian komen ya!

Terima kasih 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close