Keputusan Terkini Kelantan vs Pelita Jaya 9 Julai 2011

Perlawanan diantara Kelantan dan Pelita Jaya dikhabarkan telah pun memasuki separuh masa kedua.

Separuh masa pertama kedua-dua pasukan masih terikat dengan tanpa jaringan.

Nama-nama pemain Kelantan yang bermain kesebelasan utama ialah Hadi Ubaidillah, Wan Rohaimi, Nizad Ayub, Azwan Roya, Aziz, Daudsu, Badhri Radzi, Khairan Izuan, Ramzul, Izuan dan Seorang Pemain Import.

 

Update separuh masa kedua:
Kelantan dilihat menguasai sebahagian besar permainan dengan memperolehi beberapa percubaan-percubaan tepat namun gagal isempurnakan dengan baik.

Hanya pada minit ke 70′ Kelantan berjaya memperolehi gol melalui Izuan Solahudin.

Ketika perlawanan dilihat hampir-hampir berkesudahan dengan kemenangan kepada pasukan Kelantan, pemain Pelita Jaya Mas Joko menghampakan peminat-peminat pasukan Kelantan apabila menjaringkan gol penyamaan menjadikan kedudukan seri 1 sama.

Hingga tamat perlawanan, kedudukan terikat satu sama. Keputusan penuh, Kelantan 1 – 1 Pelita Jaya.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close