Kanak-kanak Diseret Van | Muhammad Haziq Diseret 100 Meter

Sedih membaca nahas yang berlaku kepada adik Muhammad Haziq Aqasha Muhamad Sazali yang telah diseret oleh van sejauh 100 meter dipercayai berpunca daripada beg sekolahnya yang tersangkut pada pintu van berkenaan. Kejadian ini berlaku di Bandar Baru Putra, Bercham.

Pemandu van yang menyangka adik Haziq telah pun selamat turun terus memecutkan vannya tanpa mengetahui yang adik Haziq berada di bawah vannya pada kedudukan terbaring. Akibatnya kulit kepala adik Haziq terkoyak hingga menampakkan tempurung kepala!

Mujur ada jiran yang berani dan juga Allah itu maha penyayang. Dipanjangkan lagi umur adik ini supaya dapat melihat dunia. Walaubagaimanapun, doktor mengesahkan yang dia mungkin akan menghadapi kecacatan kekal seperti di dua jari tangan.

Belalang harap kepada pemandu-pemandu van sekolah supaya lebih berhati-hati dan peka dengan budak sekolah yang turun dari kenderaan anda. Sebaik-baiknya pastikan betul-betul yang budak sekolah tersebut telah benar-benar selamat turun dan anda juga selamat untuk menyambung perjalanan anda.

Berita penuh dan lanjut mengenai perkara ini, rujuk sini.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close