Kanak-kanak 10 Bulan Digilis Kereta Bapa

Di Kota Bharu seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun 10 bulan terbunuh setelah dilanggar dan digilis secara tidak sengaja oleh kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandu bapanya di rumah mereka di Kampung Tok Jawa, Tawang, Bachok dekat sini, hari ini.

Nuramni Atirah Che Pauzi, meninggal dunia dalam perjalanan menuju ke Klinik Kesihatan Kedai Lalat sejurus selepas kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi.

Lebih menyedihkan, kejadian berlaku sejurus sebelum mereka sekeluarga pergi ke bandar untuk membeli baju raya dan membuat persiapan menyambut Ramadan.

Bapa kanak-kanak tersebut, Che Pauzi Mamat, 44, berkata, dia sama sekali tidak menyangka telah melanggar anaknya itu kerana ketika turun dari rumah, Nuramni Atirah berada bersama ibunya, Noraini Othman, 38.

– Utusan

Facebook Comments

Comments are closed.

Close