Hobi Baru Siti Nurhaliza Menunggang Motosikal Berkuasa Tinggi

Kebelakangan ini seakan nama Datuk Siti Nurhaliza kembali meniti di bibir-bibir peminat hiburan tanah air dengan beberapa perkara yang dilakukannya baru-baru ini.

Bermula dengan mengumumkan penyertaannya ke dalam askar wataniah bersama artis-artis lain, Siti membuat satu kenyataan yang dia akan mengikuti kelas muzik di UiTM dan yang terbaru, Siti berkongsi tentan hobi barunya pula iaitu menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Katanya hobi barunya ini bersama Datuk Khalid diminatinya selepas dia dan suami pulang daripada percutian di Capetown awal Mei lalu.

Malah pada Konsert Malam Gala SimplySiti, Datuk Khalid datang ke pentas dengan menunggang motosikal Harley Davidson di pentas di Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini, Sabtu.

Seronoknya jadi orang kayakan. Hobi pun nampak kaya je… Hehehe

Mungkin sedikit masa lagi Siti akan membuat kemunculannya ditengah-tengah orang ramai sambil menunggang motor besar. Hebatkan penyanyi nombor satu negara ini. 🙂

Facebook Comments

Comments are closed.

Close