Himpunan Kisah-kisah Misteri?

Jeritan bawah tanah... hahaha

Fuh! Semenjak tengah malam tadi sampai la ke petang ni, entah apa kena dengan Belalang ni asyik Google kisah-kisah misteri saja untuk dibaca. Macam-macam kisah yang Belalang baca. Hee…

Tapi sebetulnya, Belalang sendiri jarang bertemu atau beroleh pengalaman-pengalaman misteri. Apa lagi yang mistik dan menakutkan seperti mahkluk halus dan sebagainya. Kebanyakannya Belalang hanya mendengar daripada pihak ketiga atau hanya menyaksikan mangsa kerasukan.

Sepanjang bacaan Belalang dari mula sampai la ke petang ni, Belalang dah membaca mengenai bermacam-macam cerita seperti misteri di Kellie’s Castle, misteri di lebuh raya berhampiran susur keluar Yan, misteri tentang Karak dan bermacam-macam lagi. Hehehe…

Tapi yang tak bestnya kebanyakan cerita yang Belalang baca, mereka juga perolehinya daripada pihak ketiga. Bukannya pengalaman sendiri yang dialami. Cerita daripada pihak ketiga ni belum tentu sama seperti yang asalkan. Mesti ada tokok tambah.

Jadi disini Belalang terfikir, sudikah anda yang membaca blog Belalang ini berkongsikan pengalaman misteri yang pernah anda alami? Misteri disini tidak bermaksud hanya berkaitan makhluk halus. Anda bebas menceritakan sesuatu yang anda rasa misteri tetapi syaratnya mestilah anda yang alami.

Cerita yang Belalang rasa menarik, akan Belalang kongsikan disini berserta kredit kepada anda.

Jadi tunggu apa lagi, jom-jom kita biarkan diri kita diselubungi misteri. Hahaha 😀

Facebook Comments

Comments are closed.

Close