Gambar & Video Perhimpunan Anti-Bersih Di Ipoh 2 Julai

Terdesak atau sebaliknya, anak-anak muda yang sebahagiannya adalah bekas PKR dan sebahagian besar yang lain, tidak berparti politik, keluar ke jalan raya di Bandaraya Ipoh untuk menunjukkan bahawa mereka membenci BERSIH 2.0!!!

Anak-anak muda yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, bersatu dalam apa yang mereka panggil sebagai ‘SELAMATKAN MALAYSIA’.
Kemarahan terhadap BERSIH 2.0 semakin memuncak. Semakin dekat 9 Julai, semakin banyak dan kerap pula demonstrasi yang dibuat untuk menentang Pakatan Rakyat.
Indikasi yang sebenarnya tidak begitu mengujakan Pakatan Rakyat, terutama apabila Pulau Pinang dan kubu kuat DAP di Perak iaitu IPOH, mulai diserang oleh anak-anak muda yang berang dan lebih banyak menggunakan emosi berbanding pertimbangan akal.
7000 orang anak muda keluar di jalan raya di Bandaraya Ipoh dengan motosikal mereka dalam satu respons tidak dirancang seperti BERSIH 2.0. Berapa agaknya yang akan sanggup keluar ke jalan-jalan raya sekiranya ia dirancang seperti BERSIH 2.0 dan mengambil masa berbulan-bulan?

Sumber berita ini daripada: Cucu Tok wan blog The Flying Kick

Facebook Comments

Comments are closed.

Close