Gambar Anak Perempuan Beckham | Harper Seven

Gambar anak perempuan bintang bola sepak England, David Beckham disiarkan di laman Facebook dan Twitter, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Isteri, Beckham, Victoria yang merupakan bekas anggota kumpulan Spice Girls mendedahkan satu gambar tersebut di laman Twitter.

Beckham kemudian menghantar gambar Victoria bersama anak perempuannya itu di laman Facebook.

Anak perempuan Beckham yang bernama Harper Seven itu dilahirkan Victoria di sebuah hospital baru-baru ini.

Dalam gambar itu, Victoria mendukung anak perempuannya itu dengan keterangan gambar: “Anak perempuan¬†daddy.”

Salah satu gambar itu juga menunjukkan Beckham mendukung anak perempuannya.

Anak perempuannya itu sudah lama dinantikan Beckham kerana dia sebelum ini mempunyai tiga anak lelaki.

Tiga anak lelakinya itu bernama Brooklyn, Romeo dan Cruz.

Anak perempuan Beckham itu dilahirkan pada 10 Julai lalu melalui pembedahan.

Selepas pembedahan itu, Victoria menghantar mesej di Twitter dengan menyatakan: “Bayi Harper merupakan bayi yang paling comel pernah saya lihat.”

– Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close