Facebook Baik Atau Buruk?

Salam Jumaat sahabat-sahabat bawah tanah. Agak sibuk Belalang semenjak dua menjak nih. Bermula hari Rabu pagi Belalang bertolak ke KL untuk ambil barangan kedai sampai ke hari ini sedang mengubah susun atur kedai. Kejap lagi nak sambung kerja mengecat. Adoyai… Letih woo…

Ok-ok sambung balik bebelan Belalang. Sebenarnya tadi semasa Belalang ke masjid Sg.Limau, Lunas untuk bersembahyang Jumaat, Belalang sempat la membelek-belek notis dipapan kenyataan Masjid. Belalang lihat, masjid Sg.Limau juga mempunyai satu page di Facebook. Ini satu perkembangan yang baik dalam perkembangan teknologi hari ini.

Dengan wujudnya lama-laman sosial yang mesra pengguna seperti FB (Facebook), masjid-masjid juga nampaknya lebih mudah dan maju dalam menyebarkan tentang aktiviti yang mereka jalankan kepada orang ramai. Belalang tak bawa hanset ketika ke masjid tadi. Jika tidak boleh la Belalang snap sekeping gambar yang menunjukan papan kenyataan masjid tersebut yang tertera alamat FB mereka.

Kegilaan orang ramai dalam berFB, bukanlah semuanya yang negatif sahaja, FB juga boleh digunakan ke arah kebaikan jika kena dengan caranya. Bergantung kepada niat dan cara penggunaan kita. Bukan saja FB, malah mana-mana laman sosial sekali pun, jika digunakan ke arah kebaikan, maka baiklah jadinya. Jika digunakan ke arah keburukan seperti tempat untuk memfitnah oarang, tempat untuk menghasut orang, maka buruklah jadinya laman sosial itu.

Jadi kepada mereka-meraka yang hanya memandang negatif kepada FB sebelum ini, mungkin anda boleh ubah pendirian anda selepas ini. FB akan jadi teruk jika anda gunakannya ke arah itu. Dan FB akan menjadi baik dan berguna jika anda menggunakannya ke arah positif. 🙂

Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close