ELECOLDXHOT Juara Showdown 2011

Akhirnya kumpulan ELECOLDXHOT (ECX) muncul sebagai juara Showdown 2011.  ECX akan membawa pulang wang tunai bernilai RM50,000.

Tiga lagi kumpulan yang mengiringi kumpulan ini di pentas final ialah Roku Step, Bounce Stpperz dan HMC Plow.

Ini adalah musim kedua rancangan ini yang ditayangkan di 8TV.

Nurul AF2 nikah di Thailand Bukan sebab Membelakangkan Keluarga

Budak Perempuan 10 Tahun Lemas Dalam Kereta

Selepas bersaing selama 13 minggu, akhirnya kumpulan Elecoldxhot muncul juara rancangan realiti TV pencarian bakat kru saing tari, Showdown 2011, yang berlangsung di I-City, di sini, malam tadi.

Kemenangan Elecoldxhot sudah dijangka memandangkan sepanjang rancangan itu disiarkan 8TV, kumpulan dianggotai Oii Kok Wei, Yin Zhen Huang, Yap Jin Hou, Ang Joo Yee dan Lin Yit Zhou itu tidak pernah berada di tangga paling bawah. Kemenangan ditentukan sepenuhnya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dibuat penonton. Oii yang ditemui sebaik persaingan tamat, berkata, mereka berterima kasih kepada peminat yang sebelum ini banyak memberikan sokongan, apatah lagi meletakkan mereka di tangga selesa sepanjang persaingan berlangsung.

“Usaha dan kerja keras sepanjang pertandingan ini berlangsung akhirnya membuahkan hasil. Semangat datang dari keluarga dan rakan yang tidak putus-putus memberikan sokongan. Kejayaan ini kami mahu kongsi bersama mereka,” katanya.

Persembahan Elecoldxhot turut menerima kritikan positif dari pengkritik tetap iaitu penerbit dan penyanyi rap popular, Johan Ishak atau Joe Flizzow, dan pereka tari Maple Loo. Turut bersaing di peringkat akhir Showdown 2011 dan turut disiarkan secara langsung di 8TV, HMC Phlow, Bounce Stepperz dan Rokusteps.

Walaupun tewas kumpulan Bounce Stepperz yang turut memberikan saingan di peringkat akhir, akur dengan keputusan di buat penonton setia rancangan itu.

“Kami sudah melakukan yang terbaik. Walaupun tewas, kami puas kerana mampu beraksi di pentas akhir, Showdown 2011. Lagipun selaku juara Elecoldxhot jauh berpengalaman dari sudut itu mereka mempunyai kelebihan,” katanya. Kemenangan itu membolehkan Elecoldxhot membawa pulang hadiah berupa hadiah wang tunai RM50,000 dan piala iringan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close