Dua Pemain Kebangsaan Dihantar Berlatih Bersama Manchester United

Keupayaan skuad negara kita kebelakangan ini mempamerkan aksi cemerlang, menarik beberapa pihak untuk melihat aksi pasukan kebangsaan akan terus konsisten dimasa hadapan.

TM selaku penaja baru pasukan Harimau Malaya, bercadang untuk menghantar dua pemain kebangsaan dan seorang jurulatih menjalani latihan bersama di Manchester United. Wah, ini satu peluang yang cukup bagus!

Di bawah adalah petikan asal berita ini yang Belalang ambil dari akhbar Kosmo-

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Seri Zam zamzairani Mohd. Isa berkata, ia adalah satu peluang keemasan yang pastinya tidak boleh dilepas- kan oleh para pemain kebangsaan.

“Kita akan hantar dua pemain kebangsaan dan seorang jurula- tih untuk sesi latihan tersebut sama ada di Manchester atau Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) iaitu pada musim depan. Tarikhnya serta tempoh masa latihan belum ditetapkan.

“Tetapi ia bukanlah tempoh latihan untuk jangka panjang. Hanya untuk para pemain merasai pengalaman berlatih bersama skuad United.

“Tentang pemain terpilih, kita akan bincang dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),” katanya di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam selepas majlis menandatangani perjanjian penajaan skuad kebangsaan oleh TM.

Untuk membaca berita penuh, klik sini.

Agak-agaknya siapalah pemain dan jurulatih yang akan terpilih untuk ke sana ye? Jika anda diberikan pilihan untuk menentukan pemain mana yang dihantar, siapakah yang anda rasakan paling layak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close