Dua Beradik Parah Disimbah Asid

Di Maran, dua beradik cedera parah selepas menjadi mangsa simbahan cecair asid oleh jirannya di Felda Kesumba Jengka 9 dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, mangsa, Shafiq Haikal Mat Safar Zaidi, 13, dan adiknya, Shafiq Aiman, 10, sedang menunggang basikal ke rumah rakan mereka untuk belajar secara berkumpulan.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Ahmad Johari Shahabudin berkata, suspek yang juga jiran mangsa menyimbah asid yang dipercayai cuka getah ke arah mangsa menyebabkannya cedera parah di muka, mata dan badan.

Berikutan kejadian itu, kata beliau, polis menahan reman seorang lelaki berusia 30-an bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Jenayah yang membawa kecederaan parah.

“Shafiq Haikal cedera parah di badan dan di sebelah muka kiri manakala adiknya cedera seluruh muka dan mata dikejarkan ke Hospital Jengka sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Ahmad Johari, polis tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang untuk mendakwa suspek kerana ia adalah perbuatan jenayah yang sangat serius.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close