Drama Bersiri Supermak Ganti Juvana | Jalan Cerita Supermak

Masih terasa lagi penangan betapa bestnya menyaksikan drama bersiri Juvana. Rasa macam tak puas pula ikuti siri tersebut. Buat la macam Sinetron tu, siri sampai ratus-ratus. Sampai nak termuntah punya tonton. Hahaha…

Tapi apa-apapun, Belalang harap drama Supermak yang bakal menggantikan drama Juvana akan memberikan Belalang perasaan yang sama malah lebih hebat dari penangan Juvana. dengar tajuk pun macam dah boleh agak jalan cerita drama ni.

Drama terbitan Filmscape ini mengisahkan tentang seorang suri rumah yang bernama Amy lakonan Nasha Aziz yang mempunyai kekuatan dan kuasa istimewa.

Bagaimanapun, kekuasaan tersebut terpaksa disorokkan daripada suaminya yang bertugas sebagai anggota polis. Pelbagai aksi menarik yang bakal dipaparkan dalam drama 13 episod ini.

“Drama ini mempunyai nilai kekeluargaan di samping aksi seorang ibu yang cekap menguruskan hal rumah tangga dan masalah jenayah. Saya yakin drama ini akan mempunyai pengikut terutamanya seisi keluarga,” ujarnya ketika ditemui di sidang media drama Supermak, di sini, Rabu.

Dari segi pemilihan pelakon, Prem mengakui Nasha Aziz dan Zul Yahya adalah calon yang paling tepat memegang kedua-dua watak tersebut.

“Nasha mempunyai perwatakan dan bentuk badan seorang adiwira terutamanya apabila dia mengenakan sut yang direka khas untuk watak Supermak itu.

“Manakala Zul Yahya juga adalah pelakon yang sememangnya mengetahui watak yang akan dilakonkan dan dia mempunyai karakter tersendiri yang boleh membawakan watak antagonis tersebut,” jelasnya.

Selain itu, menurut Prem kekuatan drama ini adalah pada jalan cerita yang asli dan dekat di hati penonton berbanding cerita adiwira lain.

“Cerita ini tidak sama dengan cerita lain seperti Superwomen atau Catwomen, cerita ini lebih dekat dengan kehidupan seorang suri rumah dalam menguruskan hal rumah tangganya, namun dia mempunyai keistimewaan tersendiri,” tuturnya.

Kepada mak-mak diluar sana, jangan lupa untuk mengikuti siri pertama drama Supermak yang akan mula ditayangkan Isnin minggu hadapan (25 hari bulan). Mana nak tahu drama ini mampu meningkatkan motivasi kaum-kaum ibu untuk menjadi supermak yang disegani. Tak gitu? 😉

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • pelakon supermak (42)
  • senarai pelakon supermak (17)

Comments are closed.

Close