Ditipu Syarikat Pelaburan Ikan Patin

Alamak! dah banyak sangat sekarang ni kita dengar mengenai kes penipuan tentang pelaburan. Tapi yang hairannya walaupun berkali-kali berita sebegini terpampang di dada-dada akhbar, masih ada lagi yang percaya kepada benda-benda begini.

Terbaru seorang lelaki telah tampil ke hadapan membuat laporan polis kepada satu syarikat yang menjalankan ternakan ikan patin. Siap buat pinjaman sampai RM80,000 tu! Akhirnya apa pun tak boleh! 😛

Laporan Polis Terhadap Blogger PakKaramu

Portal Malaysiakini Akan Ditutup?

Nurrahayu Mati Dibunuh Dengan Kejam

 

Di bawah sedikit keratan berita mengenai hal ini yang Belalang ambil dari akhbar Kosmo-

Bukan itu sahaja, Syed Idris Syed Ishak, 28, kini terpaksa membayar balik pinjaman bank berjumlah RM80,000 termasuk faedah selama 15 tahun yang telah dijadikan sebagai modal pelaburan tersebut.

Syed Idris berkata, dia terjebak dalam skim pelaburan itu setelah diperkenalkan oleh rakan-rakannya dan terpedaya dengan janji manis syarikat terbabit.

“Saya sebelum itu pergi ke syarikat tersebut di Bukit Tinggi di sini dan mereka menasihati saya supaya membuat pinjaman bank untuk menyertai pelaburan itu,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Syed Idris yang berkhidmat di sebuah syarikat swasta di Temerloh memberitahu, dia kemudian menandatangani surat perjanjian dengan syarikat terbabit pada Januari tahun lalu.

Berdasarkan perjanjian, jelasnya, semua urusan perniagaan akan diuruskan oleh syarikat terbabit dan dia sebagai pelabur hanya menunggu bayaran bulanan.

“Saya juga diberikan sebuah sangkar yang mempunyai 1,800 benih anak ikan patin,” ujarnya.

Menurutnya, dia mula menerima habuan sebanyak RM1,020 pada Mac tahun lalu dan RM1,140 pada bulan berikutannya.

Bagaimanapun, kata Syed Idris, pada bulan Mei sehingga kini, dia tidak lagi menerima bayaran dan apabila syarikat terbabit dihubungi, pelbagai alasan tidak munasabah diberikan.

Untuk membaca berita penuh, klik sini.

Apalah nasibkan… Belalang simpati dengan si pengadu ini. Faham sangat macam mana rasanya. Tapi satu saja nak tanya pada anda, apakah nama syarikat yang menjalankan pelaburan ini? Belalang cari beberapa kali di internet tetapi tak jumpa. Sesiapa yang tahu atau ada info, tolong kongsikan dibahagian komen ya. Terima kasih

Video Pekerja KFC Sapu Ayam Nak Dimasak Ke Kasut

Respon Daripada KFC Mengenai Video Pekerja Biadap

 

Facebook Comments

Comments are closed.

Close