Datuk Ir. Haji Yahaya Ahmad Meninggal Dunia

Presiden dan Ketua Eksekutif Sirim Berhad, Datuk Ir. Yahaya Ahmad meninggal dunia pada pukul 10.55 pagi ini akibat barah pankreas.

Yahaya, 59, mula berkhidmat di Sirim pada 16 Ogos 1976 sebagai Pegawai Penyelidik dan dilantik sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif pada 1 September 2007.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Prof. Dr. Shah Rizam Mohd. Shah Baki.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam.

– Utusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close