Dapat Kerja Sebagai Pegawai PLKN

Assalamualaikum dan salam sejahtera pengunjung-pengunjung bawah tanah. Hari ni punya la banyak masa lapang Belalang. Siap boleh baring-baring, bergalak ketawa dengan riangnya dan berkejar-kejaran bersama Belalang Jr… Er, sila berlawanankan maksud ayat di atas ya. Hahaha…

Nampak tak tajuk diatas tu? ya, Belalang telah berjaya menjadi pegawai PLKN. Hebat tak Belalang? cepat puji, cepat puji (ceh!). Sangat bersyukur atas kejayaan Belalang menjadi pegawai PLKN. Tapi ada satu masalah la dengan kerja baru Belalang ni.

Koleksi Cerita-cerita Keagamaan Islam

Pembunuh Nurrahayu Dihadap Ke Makhamah

Semakan Permohonan Kemasukan IPTA Julai 2011

Nak tau apa masalahnya? Masalahnya Belalang tak dapat alaun la dengan perlantikan sebagai pegawai ni. Tapi itu Belalang tak kisah lagi. Yang lagi tak bestnya, sijil apa pun Belalang tak dapat!

Hahaha… gurau-gurau ja. Sebenarnya sebentar tadi Belalang ada menolong seorang pembaca blog Belalang berbangsa india memeriksa status namanya samada terpilih atau tidak mengikuti kem PLKN. Pembaca ini tinggalkan komen berserta nombor kad pengenalan. Kesian pula Belalang tengok. Jadi Belalang pun tolong la periksa namanya di laman web rasmi PLKN dan selepas menapat jawapan, Belalang terus emailkan kepada pembaca tersebut.

Atas faktor keselamatan, komen pembaca berkenaan terpaksa Belalang buang kerana ada nombor kad pengenalannya. Jadi Belalang harap mereka yang masih belum mengetahui status nama mereka terpilih atau tidak ke kem PLKN, sila semaknya di sini (klik).

Semoga pertolongan Belalang itu, membantu pembaca berkenaan dan anda semua 🙂

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • laman web jlkn (12)

Comments are closed.

Close