Bersih 2.0 | Pelajar Tajaan MARA Berdepan Tindakan Keras

Tindakan akan diambil terhadap penuntut tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) jika mereka didapati menyertai perhimpunan haram semalam, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata, setakat ini, Mara belum menerima laporan mengenai pembabitan penuntut tajaannya dalam perhimpunan itu dan akan meminta Ketua Pengarah Mara, Datuk Ibrahim Ahmad menyiasat serta menyerahkan laporan mengenai perkara tersebut dengan segera.

Kaca Mata Hitam Bergaya Di Sini!

Koleksi Himpunan Lirik & Kord Gitar Hot!

Koleksi Himpunan Lawak Pendek Terbaik!

Ditanya sama ada tindakan terhadap penuntut berkenaan akan membabitkan penarikan balik pinjaman, Shafie berkata, beliau akan meneliti alasan mereka menyertai perhimpunan itu.

“Bentuk tindakan akan kita lihat apa sebab mereka terlibat dengan perhimpunan ini. Kita hantar mereka ke luar negara untuk menuntut, bukan mengambil bahagian dalam kegiatan yang boleh memudaratkan, yang boleh mencemar imej negara serta pemerintah.

“Kalau mereka yakin negara ini tidak adil, kenapa buat pinjaman dengan Mara, kalau tidak dapat pinjaman, mereka marah, kita kena pastikan perkara ini tidak berlaku,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran buku ‘Flowers Of My Heart’ dan ‘The Other Side Of The World’ karya isterinya, Datin Suryani Shuaib di sini hari ini. — Bernama

Facebook Comments

Comments are closed.

Close