Bekas Penolong Gabenor BNM Didakwa?

Berita TV3 pukul 8 malam semalam ada la laporkan tentang hal ini. Tapi time tu tak berapa faham Belalang mendengarnya. Ditambah pula dengan suasana yang agak bising di kedai Belalang ketika itu. Membaca apa yang akhbar ni tulis, baru la Belalang faham sepenuhnya apa yang berita semalam sampaikan.

Di bawah adalah petikan asal berita ini yang Belalang ambil dari Utusan-

Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Mohamad Daud Dol Moin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan menerima wang suapan berjumlah RM100,000 berhubung projek ‘Percetakan Wang Polimer RM5’ oleh sebuah syarikat di Australia, tujuh tahun lalu.

Mohamad Daud, 58, yang ketika itu sebagai Penolong Gabenor bagaimanapun mengaku tidak bersalah menerima wang tunai sebanyak RM50,000 daripada seorang ahli perniagaan, Abdul Kayum Syed Ahmad, 62, menerusi orang tengah.

Suapan tersebut didakwa untuk membantu mendapatkan kontrak berkaitan permohonan projek ‘Percetakan Wang Polimer RM5’ oleh Note Printing Australia Limited.

Tertuduh juga didakwa menerima suapan RM50,000 lagi daripada orang sama bagi tujuan yang serupa di Restoran Dome, G7, aras bawah, Bangsar Shopping Center di sini pada 1 Disember 2004 dan 16 Februari 2005.

Untuk membaca keseluruhan berita ini, klik sini.

Duit punya pasal apa pun orang sanggup buat. Disebabkan duit, si ibu pun sanggup jual anak dia kepada orang.

 

Facebook Comments
Close