Bayi Maut Tercampak Keluar Dari Van

Di Gua Musang, seorang bayi yang baru berusia 50 hari maut setelah kenderaan yang dipandu oleh ayahnya bertembung dengan sebuah lagi kenderaan menyebabkan bayi berkenaan tercampak keluar dari van.

Di bawah petikan berita asal yang Belalang ambil dari akhbar Metro-

Difahamkan, kemalangan terbabit berlaku ketika van berkenaan dalam perjalanan ke simpang masuk rumah mereka di Ladang Serasa sebelum bertembung dengan Proton Wira dinaiki dua lelaki menyebabkan kenderaan dinaiki mereka terhumban ke dalam longkang.

Kejadian kira-kira jam 7.30 malam dekat Kampung Sungai Lakit, di sini, berlaku ketika pasangan berkenaan bersama bayi perempuannya, Siti Nur Sazlina Mohd Sazwadi dan empat lagi ahli keluarga mereka dalam perjalanan dari Kuala Krai ke rumah mereka di Ladang Serasa, dekat sini, Turut cedera dalam kemalangan itu, pasangan suami isteri terbabit, Mohd Sazwadi Sidik, 23, yang juga pemandu van, Nur Alilidiana Mazlan, 20, ibu Nur Alilidiana, Hartini Ibrahim, 39, tiga adiknya yang dikenali Piza, 19, Khairudin, 17 dan Wafinuddin, 4.

“Tidak dapat saya lupakan kejadian yang sungguh tragis dan memilukan. Bayi yang berada dalam dakapan ibunya tiba-tiba terlepas dari pelukan, menyebabkannya tercampak dari van berkenaan dan mengalami cedera parah sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.

Semoga keluarga berkenaan tabah menghadapi ujian ini. Al-fatihah untuk arwah adik Siti Nur Sazlina Mohd Sazwadi

Facebook Comments

Comments are closed.

Close