Bayaran fitrah Negeri Perlis Ditetapkan RM6

Macam mana dengan persedian sambutan ramadan? Tak sabar-sabar rasanya nak berpuasakan. Belalang excited dan ni. seronoknya puasa.. Hehehe

Ini ada sedikit pengumuman kepada yang tinggal di Perlis. Zakat fitrah untuk tahun ini ditetapkan sama dengan tahun sudah iaitu RM6.

kadar Zakat Untuk setiap Negeri 2011

Di bawah petikan mengenai hal ini yang Belalang ambil dari akhbar Kosmo-

Kadar zakat fitrah di Perlis tahun ini kekal RM6 sama seperti tahun lepas, kata Pengerusi Baitulmal Perlis, Datuk Abu Bakar Ahmad.

Bercakap kepada Bernama hari ini, beliau berkata, kadar itu ditetapkan dalam mesyuarat Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis baru-baru ini.

Jangan lupa untuk membayar fitrah ye wahai teman-teman. Masa untuk membayar fitrah boleh dilakukan hingga sebelum sembahyang raya. Yang baru kahwin pula, selamat membayar fitrah untuk pasangan anda 🙂

Facebook Comments

Comments are closed.

Close