Amylea AF3 Dah Berkahwin?

Peserta program realiti televisyen, Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Amylea Azizan menafikan khabar angin yang mengatakan dia sudah mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya, Mohd. Farouk Abdul Razak atau Farouk Flava.

Amylea, 25, berkata, berita perkahwinannya dengan jejaka berusia 21 tahun itu amat mengejutkan kerana sehingga hari ini, dia masih belum bergelar isteri orang.

Koleksi Himpunan Lirik & Kord Gitar Hot!

Koleksi Himpunan Lawak Pendek Terbaik!

“Entah macam mana boleh timbul cerita begini. Kalau benar saya sudah kahwin, sudah pasti saya mahu semua peminat tahu mengenainya. Saya tidak marah apabila tersebar cerita seperti ini kerana beranggapan kata-kata merupakan doa dan mendoakan perkahwinan saya adalah sesuatu yang baik.

“Cuma, saya sendiri belum tahu bila saya akan menamatkan kehidupan solo ini,” katanya penyanyi berkenaan di sini, hari ini.

Menurut Amylea, dia mengenali Farouk sejak empat tahun lalu, namun hanya dua tahun kebelakangan ini baru perasaan cinta berputik setelah mengenali hati budi masing-masing.

Sementara itu Farouk berkata, selama menjalin percintaan dengan Amylea, tidak pernah terlintas di fikirannya tentang perbezaan usia antara mereka.

“Perbezaan usia empat tahun bukan satu masalah atau isu bagi diri saya, kerana yang penting dia tidak pernah membuat saya rasa rendah diri atau sentiasa mahu mendominasi dalam segala hal.

“Sikapnya itu membuatkan saya senang berdampingan dengannya apalagi jika ada masalah, dia begitu matang berbincang untuk sama-sama menyelesaikannya,” katanya yang berhasrat menghantar rombongan meminang Amylea pada tahun depan.

Incoming search terms:

  • amylea af3 (16)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close