Abu Sayyaf Menutup Pintu Rundingan Bebaskan Mohd. Nazaruddin

Live Streaming Malaysia vs Aesenal 13 July 2011!!!

Masih ingatkah anda kepada Mohd. Nazaruddin yang Belalang pernah ceritakan diculik oleh kumpulan Abu Sayyaf di selatan Filipina ketika berurusan menjual cicak tokek. Anda boleh membaca perkara itu di sini dan sini.

Dalam entry sebelum ini juga Belalang ada nyatakan betapa simpatinya Belalang dengan nasib yang menimpa beliau dan keluargnya. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Hidup yang agak sederhana sebelum ini menjadi susah dengan ketiadaan Nazaruddin dalam urusan rumah-tangga seharian.

Mimpi-mimpi Aneh Ariel Sharon Sebelum Koma (mesti baca!)

Kiamat 2012 Benar Berlaku? (mesti baca!)

Terbaru, kumpulan penculik telah menutup pintu rundingan dengan mana-mana pihak. Ini menjadikan urusan untuk membebaskan Nazaruddin menjadi semakin sukar.

Pengerusi Biro Aduan Pemuda UMNO, Datuk Muhammad Khairun Aseh berkata, orang tengah yang digunakan untuk berhubung dengan kumpulan terbabit telah memaklumkan mesej mereka minggu lepas.

“Kumpulan penculik ini beritahu jika tidak ada duit jangan datang ke sana dan tidak perlu lagi hubungi mereka, malah mereka juga telah menutup terus pintu rundingan.”

-Kosmo

Untuk pengetahuan, Mohd.Nazaruddin telah berada dalam tahanan penculik sejak dari 8 Mei hinggalah ke hari ini. Dia juga pernah diberitakan jatuh sakit gara-gara tidak mahu makan kerana rindukan keluarga. Belalang harap badan-badan berwajib yang sedaya-upaya mencuba untuk menyelamatkan Nazaruddin supaya tidak berputus asa.

Lakukanlah yang terbaik demi keselamatan beliau dan juga keluarga beliau.

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • siapa abu sayyaf (18)
  • siapakah abu sayyaf (10)

Comments are closed.

Close