Video Helikopter Rusia Angkut UFO

Cuba anda perhatikan video di bawah ini. Klip ini yang memaparkan sebuah helikopter tentera Rusia sedang membawa sesuatu yang berbentuk seperti piring terbang atau lebih dikenali sebagai UFO.

Video ini telah mencetuskan perdebatan di dalam forum-forum mengenai objek yang dibawa itu. Ada yang mempercayai video tersebut dengan mendakwa piring terbang itu mungkin UFO yang jatuh dekat Irkutsk, Rusia pada awal tahun ini.

Namun tak kurang juga yang menyangkal dengan mengatakan ini hanyalah satu video tipu.

Apa-apapun cuba anda lihatnya sendiri dan kemudian taksirkan samada objek yang sedang dibawa itu benar UFO atau sebaliknya.

 

 

 

 

Facebook Comments

Comments are closed.

Close