Video Cahaya Aneh Di Atas Bangunan BBC | UFO Ke?

Jika kelmarin Belalang ada post satu video mengenai bandar ganjil yang dilihat muncul di China (Klik sini jika masih belum menonton video itu), kali ini mari kita lihat satu kejadian yang dikatakan beberapa cahaya yang dipercayai UFO sedang berlegar-legar di atas Bangunan Penyiaran British, BBC.

sebelum melihat pada video tersebut, rasanya elok jika anda membaca dahulu laporan mengenai kejadian ini yang Belalang petik dari akhbar Kosmo-

Satu rakaman video yang dirakamkan oleh seorang penduduk menunjukkan beberapa cahaya ganjil berbentuk bulat bergerak dengan laju di langit bandar raya London.

Imej itu menunjukkan cahaya tersebut bergerak di atas bangunan Perbadanan Penyiaran British (BBC) di London Barat.

Rakaman itu boleh dilihat di laman YouTube yang menunjukkan seorang lelaki sedang merakamkan cahaya ganjil tersebut menerusi telefon bimbit berkamera.

Dalam rakaman itu terdapat lima cahaya ganjil yang kecil bergerak dengan laju yang dilihat oleh beberapa orang di tepi bangunan di bandar raya ini.

Rakaman tersebut juga menunjukkan satu cahaya yang tidak dikenali berbentuk sfera yang lebih besar bergerak dengan perlahan dekat dengan lima cahaya kecil itu.

Dah baca? Ok jadi mari kita saksikan video mengenai cahaya misteri atau UFO ini. Video ini berdurasi sepanjang 2 minit 19 saat. Dan seperti biasa, selepas habis menonton, sila-sila la drop komen dan pandangan anda pada kotak komen di bawah ini.

Satu lagi Belalang nak minta sudilah kiranya anda klik pada button Facebook atau Twitter berkenaan untuk sama-sama berkongsi entry ini bersama rakan-rakan anda yang lain.

Terima kasih 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close