Video Bandar Ganjil Di Kaki Langit | Betul Ke?

Biar Betul berita yang Belalang baca ni. Dikatakan imej bandar ganjil telah dilihat pada langit di sebuah bandar di Huanshan (di China kan?).

Imej bandar itu dikatakan bukanlah pantulan imej daripada bandar di situ, sebaliknya ia imej satu bandar misteri.

Wah! Ini dah betul-betul misteri ni. Agak-agak bandar apakah yang dapat dilihat oleh kita ini? err… Belalang memang tak dapat nak agak langsung apakah gerangan hal ini.

Di bawah berita yang Belalang ambil dalam akhbar Kosmo hari ini-

Di Huanshan, beberapa imej bandar dilihat muncul di langit pada awal bulan ini di bandar ini, lapor sebuah akhbar semalam.

Kemunculan ‘bandar hantu’ di langit itu berlaku selepas hujan lebat dan suasana lembap berlaku di sepanjang Sungai Xin’an di bandar ini.

Imej pelbagai bentuk bangunan dan pokok itu menyebabkan beberapa pakar kebingungan kerana imej bandar yang diperlihatkan itu bukan refleksi imej yang terdapat di bandar ini.

Adalah dipercayai bahawa imej itu mungkin satu ilusi penglihatan yang berlaku akibat cuaca lembap.

Tak puas hati punya pasal, Belalang pun cari dan terus cari info lebih lanjut mengenai hal ini. Akhirnya Belalang telah menemui info mengenai hal tersebut di sini.

Di bawah ini pula video yang merakamkan mengenai fenomena ganjil tersebut-

Dah tonton? Dah tengok juga ke penerangan yang berada pada link Belalang beri di atas? jadi apa pendapat anda mengenai hal ini? Pelik atau sesuatu yang sengaja diada-adakan untuk tujuan tertentu? Jom kongsi pandangan anda di kotak komen bawah ini ye.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close