Ustaz Dzulkarnain (Pengacara Imam Muda) Kemalangan Kereta

Sesiapa yang mengikuti rancangan Imam Muda (IM) tentu sekali mengenali Dzulkarnain atau ustaz Dzul yang bertindak sebagai pengacara dalam rancangan tersebut. Belalang mendapat perkhabaran yang ustaz Dzul terlibat dalam satu kemalangan di Port Dickson, Negeri Sembilan Sabtu yang lalu.

Dikatakan kereta yang dipandu oleh ustaz Dzul dari Subang Bistari yang menuju ke Port Dickson itu bagi menjayakan satu sesi ceramah, telah cuba memotong sebuah lori kelapa sawit.

Bagaimanapun ketika kereta BMW 5 Siri yang dipandu ustaz Dzul berada di tengah lori berkenaan, dengan tiba-tiba lori kelapa sawit itu terus membelok ke kanan tanpa memberi apa-apa isyarat.

Akibat dari kemalangan itu, ustaz Dzul dia mengalami kecederaan pada bahagian muka dan lutut kiri selain tidak sedarkan diri hinggalah dia tiba ke Hospital Putrajaya.

Sementara itu, tugas ustaz Dzul dalam rancangan IM pula akan diambil alih sementara oleh pelakon Fahrin Ahmad. Belalang doakan semoga ustaz akan segera sembuh dan dapat menjalani segala tugasan ustaz seperti sediakala.

Sumber rujukan dipetik dari sini.

 

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • ustaz dzulkarnain kemalangan (15)

Comments are closed.

Close