Tips Mengurangkan sakit Ulser Mulut

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada sahabat-sahabat bawah tanah tanah sekalian. Harap-harap sahabat dan pembaca semua berada dalam keadaan sihat (ayat open dengan niat membodek). keh keh keh…

Belalang nak berkongsi dengan korang semua mengenai penyakit ulser mulut. Siapa di sini yang selalu atau sedang mengalami sakit ulser mulut? Ala, sakit yang naik putih-putih dalam mulut tu. Siap jadi berlubang-lubang lagi. Tak pasti lagi sakit tu macam mana, tengok gambar kat bawah nih.

Hasil carian Google

Untuk pengetahuan korang, Belalang antara salah seorang insan terpilih di dunia ini yang sering diserang ulser mulut. Ni pun baru jer ok dari masalah ni. Ulser mulut ni paling tak best time nak makanlah sebab selalunya bila terkena sahaja makanan pada kawasan yang terjadi ulser tu, mau meraung kita. Lagi-lagi jika makanan itu pedas. Perh! terbaik wa cakap lu 🙂

Jika dilihat ulser mulut ni dikatakan berpunca daripada masalah panas dalam badan. Tidur lambat atau selalu stay up hingga dinihari juga antara sebab-sebab terjadinya ulser mulut. Nak mencegahnya doktor menyarankan kita supaya mengambil air masak sebanyak yang boleh selain menjaga aspek pemakanan.

Belalang bukanlah nak menerangkan kepada korang bagaimana untuk merawat penyakit ini. Sebaliknya Belalang nak memberi tahu korang mengenai satu ubat yang boleh mengurangkan rasa sakit ulser ini ketika korang nak menikmati makanan. Azab ya amat apabila makanan yang kita jamah tak dapat dinikmati sepenuhnya dek kerana terpaksa menjaga makanan yang dikunyah supaya tak terkena ulser tersebut.

Nampak gambar ubat di atas? Ubat itu bernama ‘Oral Aid’. Ubat ini bukan untuk merawat Ulser mulut. seperti yang Belalang nyatakan diatas, ubat ini membantu mengurangkan sakit atau menjadikan kawasan yang dinaiki ulser itu menjadi kebas apabila kita titikan ubat ini di kawasan itu. Jadi korang boleh la menikmati hidangan korang tanpa perlu risau lagi kerana memang tidak akan terasa sakit punyalah. Agak-agak time makan tu rasa sakit balik, titik sikit lagi.

Ubat ini boleh didapati di semua farmasi dan harga jualannya pula dalam RM4 atau lebih sikit. Belalang harap dengan perkongsian ini Belalang dapat membantu korang-korang semua yang selalu menghadapi masalah ulser mulut seperti Belalang.

Terima kasih! 🙂

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • oral aid (143)
  • ubat oral aid (56)
  • oral aid lotion (52)
  • kegunaan oral aid lotion (50)
  • re-liv oral lotion (37)
  • ubat ulser mulut (24)
  • fungsi oral aid lotion (19)
  • ubat ulser (18)
  • kegunaan oral aid gel (11)
  • kegunaan ubat oral aid (11)

Comments are closed.

Close