Terputus Tangan Dikisar Pemarut Kelapa

Kasihan betul dengan nasib malang yang menimpa adik Nor Nasuha Adnin, 15, apabila kehilangan tangan kirinya gara-gara tangan terlekat pada mesin pemarut kelapa. Kejadian berlaku di Kuala Kangsar.

Noh Nasuha dikatakan sedang memasukkan isi kelapa ke dalam mesin pemarut berkenaan sebelum tangan kirinya tersepit jari hingga sikunya ditarik masuk ke dalam mesin pemarut itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 15.55 tengah hari semalam, mangsa, Nor Nasuha Adnin, 15, dikatakan sedang berada di salah sebuah kedai Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) terletak di Jalan Nakhoda, di sini.

Sumber polis berkata, mangsa dipercayai sedang memasukkan isi kepala ke dalam mesin terbabit sebelum tangan kirinya tersepit di dalam mesin kepala berkenaan.

Menurutnya, kemalangan mendadak itu menyebabkan jari tangan hingga siku mangsa ditarik masuk ke dalam mesin pemarut kelapa itu.

“Kejadian sekelip mata itu menyebabkan tangan mangsa putus akibat dikisar bilah tajam di dalam mesin itu yang berfungsi menghancurkan isi kelapa yang dimasukkan ke dalamnya. – Metro

Semoga ini menjadi pengajaran dan peringatan kepada kita yang selalu menggunakan mesin. Kadang-kala apabila selalu melakukan perkara tersebut, kita sudah kurang menitik beratkan aspek keselamatan kerana memikirkan yang kita dah mahir mengendalikan mesin tersebut. Ini sesuatu yang salah kerana aspek keselamatan perlu dijadikan perkara yang paling utama tak kira la dah berapa lama pun kita mengendalikan mesin tersebut.

Diharap adik Nasuha tabah menjalani ujian ini dalam hidupnya.
Susulan kejadian itu, orang ramai segera bertindak menghubungi pihak Bomba dan Penyelamat Kuala kangsar bagi menyelamatkan mangsa yang tersepit.

Difahamkan, mangsa yang terputus tangan kiri bagaimanapun berjaya ditarik keluar sebelum dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk menerima rawatan kecemasan.

Sementara itu, anggota bomba dan penyelamat yang tiba ke lokasi kejadian sejurus mangsa dihantar ke hospital bertindak membantu mengeluarkan cebisan tangan mangsa yang masih tersepit di dalam mesin kelapa itu.

Mangsa yang dilapor stabil kemudian dipindahkan ke Hospital Taiping untuk menerima rawatan lanjut.

 

Facebook Comments

Comments are closed.

Close