Sipnosis Dan Trailer Filem KL Gangster

Malek adalah seorang gangster yang baru bebas dari penjara setelah tamat menjalani hukuman selama 5 tahun. Malek mahu melupakan dunia gangster dan pergaduhan lalu memilih untuk menjalani hidup sebagai orang biasa dengan azam baru. Sekuat manapun Malek cuba lari dari dunia gangster, dunia hitam itu cuba mengejarnya untuk menarik Malek kembali semula ke kancah pergaduhan sesama gangster. Malek berusaha meredakan amukan Shark yang kini mahu menguasai kawasan Kuala Lumpur.

Kemunculan semula Malek adalah ancaman paling hebat buat Shark kerana Shark merasakan Malek adalah halangan paling buat dia untuk muncul menjadigangster terhebat.

Lebih parah lagi, Jai iaitu adik kandung Malek kini berpihak kepada Shark dan menjadi orang kanan Shark yang paling setia. Sanggupkan Malek menumpaskan adik kandungnya sendiri? Berjayakah Malek menentang Shark? Bagaimana nasib Malek nanti?
Masihkah ada peluang untuk Malek memperbaiki dirinya?

 

Para Pelakon: Watak utama dalam filem KL Gangster adalah lelaki bernama Malek (lakonan Aaron Aziz) manakala watak jahat di sini adalah Shark lakonan Syamsul Yusof. Jai adalah adik kepada Malek yang berpihak kepada Shark, watak Jai dalam filem KL Gangster di lakonkan oleh Adi Putra.

Kredit kepada: iawani.com

Facebook Comments
Close