Siaran Langsung Malaysia vs Lebanon Di Dataran Merdeka

Para peminat bola sepak berpeluang untuk menonton siaran langsung perlawanan kelayakan Olimpik, Malaysia menentang Lebanon, melalui skrin besar di Dataran Merdeka pada Ahad ini bermula pukul 10.30 malam.

Menurut kenyataan Kementerian Belia dan Sukan, siaran langsung itu dibawakan oleh kementerian dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Klik Sini Untuk Ke Live Update/Live Streaming Lubnan Vs Malaysia 19 Jun 2011

Skuad Olimpik Malaysia di bawah kendalian Ong Kim Swee layak beraksi menentang Lebanon pada pusingan kedua kelayakan Olimpik yang berlangsung di Stadium Sport City, Beirut selepas menumpaskan Pakistan dalam perlawanan kelayakan pertama dengan aggregat 2-0.

Pasukan negara dijangka pulang ke tanah air pada 20 Jun dan menanti kedatangan lawan bagi perlawanan timbal balik yang akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 23 Jun.

– Bernama

**Jangan lupa untuk menyaksikan perlawanan tersebut di saluran 801 Astro Arena juga. Sama-sama kita menyokong perjuangan pasukan negara

 

Facebook Comments
Close