Showdown 2011: Giliran Stepholic Tersingkir

Kumpulan Stepholic (STP) terpaksa meningalkan pentas tarian selepas diumumkan tersingkir daripada pertandingan Showdown 2011 yang berlangsung di I-City di sini malam Rabu.

Menurut salah seorang kumpulan itu, Wan Mohd Nazreen Wan Saadie, 20, mereka dapat rasa akan disingkir kerana persembahan tarian yang kurang mantap.

“Kami akui ada beberapa kelemahan dalam tarian kami tambah pula ada tiga orang ahli yang tidak sihat.

“Justeru itu, ia membuatkan tenaga kumpulan kami tidak kuat untuk beraksi. Bagaimanapun, kami sedih kerana terpaksa keluar dari pentas Showdown 2011,” katanya selepas pertandingan tersebut.

Pihak juri yang terdiri daripada Maple Loo, Damien VE dan Joe Flizow kurang menggemari tarian STP yang cuba menjadi B-Boy walaupun mereka hanyalah penari biasa.

Kata Nazreen, kata-kata juri sedikit pun tidak menggugat semangat STP kerana mereka ingin menjadi seorang penari versatil dan mampu melakukan pelbagai tarian.

“Kami sedikit pun tidak kesal dengan komen tersebut dan mengambilnya sebagai satu kritikan positif.

“Apa-apa pun kami terima kekalahan ini dan Stp akan wujud sampai bila-bila dan akan menjadi penari yang lebih baik pada masa akan datang.

Pada malam tersebut kumpulan yang juga mendapat markah terendah ialah Blazin Squad (BSQ), Force 136 (FRC) dan Rokusteps (RKS).

Tujuh kumpulan yang terselamat termasuklah Panic (PNC), Bounce Stepperz (BOS), Borneo Crew (BRC), Elecoldxhot (ECX) akan meneruskan perjuangan dalam Showdown 2011 bagi merebut gelaran juara sekali gus membawa pulang wang tunai RM50,000.

Minggu hadapan, para peserta ditugaskan menunjukkan skil tarian dengan diberi temaRock.

Showdown 2011 bersiaran secara langsung di saluran 8TV pada setiap Rabu, pukul 9.30 malam.

Bagi yang ingin mengikuti kisah di sebalik tabir pertandingan itu, siaran Showdown 2011 Diaries… From the Streets disiarkan pada setiap Selasa pukul 11.30 malam.

 

Facebook Comments
Close